KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
Rabu, 21 Oktober 2020
SLAID PENGAJARAN TINGKATAN 1 (KATA NAMA KHAS)
Isnin, 19 Oktober 2020
Ahad, 18 Oktober 2020
KATA NAMA KHAS
1. Kata nama khas merujuk kepada nama
orang, haiwan, benda, tempat dan pangkat yang mendukung makna
khusus.
2.
Huruf
pertama kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar.
3.
Contohnya:
Nama orang : Ain, Ahmad, Ali
Haiwan : Si Comel, Si Tompok, Sang Kancil
Benda : Perodua Kancil, Proton Saga, Petronas
Tempat : Universiti Malaysia Sabah, Wisma Hang Tuah
Latihan 1
Baca ayat-ayat dibawah dan bandingkan kata nama am dan kata nama khas tersebut. Kemudian, kelaskan di tempat yang disediakan.
1.
Pegawai
tentera itu mempunyai suara garau.
2. Sebagai
penyanyi latar, hubungan Hafiz dengan composer lagu mestilah baik supaya mereka
dapat menghasilkan lagu yang terbaik.
3.
Tanaman
ibu Mimah telah bertunas.
4.
Kemalangan
itu perlu dilaporkan kepada polis.
5.
Lisa
membeli selendang sutera untuk ibu kesayangannya.
6.
Pemuda
itu semakin lemah kerana darah berjejaran keluar dari lukanya.
7.
Kain
baju itu berlonggok di dalam bakul plastik.
8.
Dugong
ialah haiwan laut yang makan rumpai laut sahaja.
9.
Latihan
bola sepak akan diadakan setiap hari kecuali hari Ahad.
10. Mak Su membasuh pinggan mangkuk
yang digunakkannya semalam.
11. Penduduk kampung sentiasa menghormati
lelaki tua yang budiman itu.
12. Dua orang penceramah telah
bersedia untuk menyampaikan ceramah masing-masing.
13. Nenek menghamparkan sebidang tikar usang di ruang tamu.
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran ini adalah berdasarkan panduan KSSM dan KPM
Sila klik link dibawah untuk menjawab soalan kuiz anda !!
Selamat Mencuba (@_@)
Sabtu, 3 Oktober 2020
UNIT 1: SIHAT MEMBAWA KEBAHAGIAAN (Kemahiran Mendengar dan Bertutur)
SLAID PENGAJARAN TINGKATAN 1 (KATA NAMA KHAS)
TEKAN DI SINI UNTUK MELIHAT SLAID PENGAJARAN KATA NAMA KHAS TEKAN DI SINI UNTUK MELIHAT VIDEO PENGAJARAN KATA NAMA KHAS Nota Penting: * Te...
-
1. Kata nama khas merujuk kepada nama orang , haiwan , benda , tempat dan pangkat yang mendukung makna khusus. 2. Huruf ...
-
TEMA 1: AMALAN GAYA HIDUP SIHAT Fokus pengajaran ini adalah untuk membantu murid memahami dan mempelajari kepentingan amalan sihat dan...