1. Kata nama khas merujuk kepada nama
orang, haiwan, benda, tempat dan pangkat yang mendukung makna
khusus.
2.
Huruf
pertama kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar.
3.
Contohnya:
Nama orang : Ain, Ahmad, Ali
Haiwan : Si Comel, Si Tompok, Sang Kancil
Benda : Perodua Kancil, Proton Saga, Petronas
Tempat : Universiti Malaysia Sabah, Wisma Hang Tuah
Latihan 1
Baca ayat-ayat dibawah dan bandingkan kata nama am dan kata nama khas tersebut. Kemudian, kelaskan di tempat yang disediakan.
1.
Pegawai
tentera itu mempunyai suara garau.
2. Sebagai
penyanyi latar, hubungan Hafiz dengan composer lagu mestilah baik supaya mereka
dapat menghasilkan lagu yang terbaik.
3.
Tanaman
ibu Mimah telah bertunas.
4.
Kemalangan
itu perlu dilaporkan kepada polis.
5.
Lisa
membeli selendang sutera untuk ibu kesayangannya.
6.
Pemuda
itu semakin lemah kerana darah berjejaran keluar dari lukanya.
7.
Kain
baju itu berlonggok di dalam bakul plastik.
8.
Dugong
ialah haiwan laut yang makan rumpai laut sahaja.
9.
Latihan
bola sepak akan diadakan setiap hari kecuali hari Ahad.
10. Mak Su membasuh pinggan mangkuk
yang digunakkannya semalam.
11. Penduduk kampung sentiasa menghormati
lelaki tua yang budiman itu.
12. Dua orang penceramah telah
bersedia untuk menyampaikan ceramah masing-masing.
13. Nenek menghamparkan sebidang tikar usang di ruang tamu.
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran ini adalah berdasarkan panduan KSSM dan KPM
Sila klik link dibawah untuk menjawab soalan kuiz anda !!
Selamat Mencuba (@_@)
Assalamualaikum Cikgu Mimah, saya tertarik dengan nota ringkas, padat dan mudah difahami. Teruskan usaha dalam memberi perkongsian tentang pengajaran Bahasa Melayu.
BalasPadamWaalaikumsalam Noor. ALhamdullilah sekiranya blog ini mudah untuk awak fahami. Saya harap yang lain juga boleh memahami perisian blog saya ini. Terima kasih.
PadamHAI CIKGU MIMA, SAYA SANGAT TERTARIK DENGAN NOTA RINGKAS ANDA KERENA IA SANGAT BERGUNA UNTUK PELAJAR SAYA.
BalasPadamHai juga sheeren,
PadamAlhamdullilah. Semoga perisian blog saya yang seterusnya dapat membantu proses pengajaran anda bersama pelajar ya. Terima kasih
Notanya ringkas namun ianya senag di fahami dan sangat menarik. Boleh di jadikan sebagi rujukan kepada para pelajar nanti. Teruskan usaha.
BalasPadamAlhamdullilah sekiranya blog ini memudahkan anda untuk memahami pengajaran Bahasa Melayu. InsyAllah saya akan perbanyakkan lagi perisian blog saya ini untuk rujukan anda dan yang lain.
PadamTerima kasih.
Nota ini sangat mudah untuk difahami, terima kasih kerana telah menyediakan nota ini :)
BalasPadamSama-sama. Semoga berguna untuk anda.
PadamTerima kasih kerana menyediakan nota yg sangat ringkas dan padat ini. Mohon ambil untuk rujukan adik saya.
BalasPadamSama-sama nuradibah. Saya harap perisian ini dapat membantu adik awak.
PadamPengajaran yang menarik dan mudah difahami!. Terima kasih atas ilmu yang bermanfaat.
BalasPadamHai adib, terima kasih atas komen yang diberi. Saya harap kaedah pengajaran ini dapat memberi sedikit manfaat kepada kamu yah.
Padam