Rabu, 21 Oktober 2020

SLAID PENGAJARAN TINGKATAN 1 (KATA NAMA KHAS)






Nota Penting:
* Terdapat sedikit kesalahan dalam slaid pengajaran (di hujung slaid kata nama khas tak hidup institusi berulang dua kali).

* Namun begitu, penjelasan yang disampaikan dalam video pengajaran adalah betul untuk kata nama khas (tak hidup bukan institusi) 

* Mohon maaf atas sedikit kesalahan ini. 

* Pembetulan: Kata Nama Khas (tak hidup bukan institusi) - merujuk kepada tempat (penjelasan benar)

Ahad, 18 Oktober 2020

KENALI PERBEZAAN KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS







KATA NAMA KHAS

 

 

1.   Kata nama khas merujuk kepada nama orang, haiwan, benda, tempat dan pangkat yang mendukung makna khusus.

2.      Huruf pertama kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar.

3.      Contohnya:

Nama orang     : Ain, Ahmad, Ali

Haiwan             : Si Comel, Si Tompok, Sang Kancil

Benda               : Perodua Kancil, Proton Saga, Petronas

Tempat             : Universiti Malaysia Sabah, Wisma Hang Tuah



Latihan 1

Baca ayat-ayat dibawah dan bandingkan kata nama am dan kata nama khas tersebut. Kemudian, kelaskan di tempat yang disediakan.

1.      Pegawai tentera itu mempunyai suara garau.

2.  Sebagai penyanyi latar, hubungan Hafiz dengan composer lagu mestilah baik supaya mereka dapat menghasilkan lagu yang terbaik.

3.      Tanaman ibu Mimah telah bertunas.

4.      Kemalangan itu perlu dilaporkan kepada polis.

5.      Lisa membeli selendang sutera untuk ibu kesayangannya.

6.      Pemuda itu semakin lemah kerana darah berjejaran keluar dari lukanya.

7.      Kain baju itu berlonggok di dalam bakul plastik.

8.      Dugong ialah haiwan laut yang makan rumpai laut sahaja.

9.      Latihan bola sepak akan diadakan setiap hari kecuali hari Ahad.

10.  Mak Su membasuh pinggan mangkuk yang digunakkannya semalam.

11.  Penduduk kampung sentiasa menghormati lelaki tua yang budiman itu.

12.  Dua orang penceramah telah bersedia untuk menyampaikan ceramah masing-masing.

13.  Nenek menghamparkan sebidang tikar usang di ruang tamu.



Bahan Pengajaran dan Pembelajaran ini adalah berdasarkan panduan KSSM dan KPM
 


Sila klik link dibawah untuk menjawab soalan kuiz anda !! 

Selamat Mencuba (@_@)

TEKAN DISINI UNTUK MENJAWAB KUIZ ANDA !!

Sabtu, 3 Oktober 2020

UNIT 1: SIHAT MEMBAWA KEBAHAGIAAN (Kemahiran Mendengar dan Bertutur)

 
   TEMA 1: AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Fokus pengajaran ini adalah untuk membantu murid memahami dan mempelajari kepentingan amalan sihat dan bersih dalam kehidupan harian. 





Lirik Lagu: Sihat Hidup Jaya 
(Ikut rentak lagu Malaysia Baru)

Sihat, bersih amalan mulia
Hidup cergas pasti bergaya
Bersukan dan berolaraga
Tingkat kesihatan kita.

Mula mandi bersihkan diri
Cuci badan dan beruslah gigi
Sabun badan dan syampu rambut
Badan segar ceria hidup. 

Korus:
Andai makan minum tidak dijaga 
Pasti sakit datang tiba-tiba
Hidup rugi tak beerti
Hidup mewah tak bermakna, 
Aha... aha...


SELAMAT MENCUBA !

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 





Nota Ringkas

Rangkai kata bermaksud kelompok beberapa kata (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Contoh rangkai kata yang dapat ditemui dalam lirik lagu "Sihat Hidup Gaya" ialah ( berolaraga, syampu rambut, segar ceria, beerti, nyawa dan rumah tangga )



Aktiviti Interaktif :

1. Nyanyikan lagu dengan sebutan dan intonasi yang betul.

2. Dengar dan sebut perkataan dan rangkai kata.


Hasil pembelajaran yang boleh dicapai:

1. Murid dapat mendengar dan menyebut perkataan dengan intonasi serta sebutan yang betul.

2. Murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 atau lebih perkataan berdasarkan petikan yang telah dibaca.




Bahan Pengajaran dan Pembelajaran ini adalah berdasarkan panduan KSSM dan KPM

SLAID PENGAJARAN TINGKATAN 1 (KATA NAMA KHAS)

TEKAN DI SINI UNTUK MELIHAT SLAID PENGAJARAN KATA NAMA KHAS   TEKAN DI SINI UNTUK MELIHAT VIDEO PENGAJARAN KATA NAMA KHAS Nota Penting: * Te...